Friday, July 29, 2011

Chocolate Chip Chokies



Hmm mesti ada yang hantu biskut chocolate chipkan? Minggu depan dah nak puasa mesti  ada yang tak nak  melepaskan peluang buat   biskut raya sendiri betul tak?hahaaa..sedangkan yna sndri pun sngt suka biskut neh..smpai cari rspi die...heheee...siap smlm pgii borong barang lagiii kat Wakaf Che Yeh..hbiss berpeluh...nk crii baju raya lagii..tudung raya lagiii...bagai2 lah...hahhaaaa....yna rase msti rmaiii yg pngemar biskut neh.. so biskut yang sering orang pilih untuk buat adalah chocolate chip cookies sebab biskut nih main letak2 pastuh terus bakar. Amatlah mudah. Apakata kali nih u all cuba buat biskut chocolate chip yang saya dapat dari internet. Rasa chocolate chip ini berbeza sikit sebab ada menggunakan nescafe so ia ada kelainan dari segi rasa. Kalau boleh saya describekan, rasa dia ala2 cappucino! cubalah!

hahaaa...yna pun dlam percubaan tok bt biskut neh..hpe mnjadi lahh...kan..nie antara rspii yg yna ambik kt internet....taraaaa....cubaa tngok n acu cuba try test...antar bahan yg d gunakan nie:



Bahan-bahan

230gm mentega-biarkan suhu bilik
1 -1¼ cawan gula perang-jika suka kurang manis boleh guna 1 cawan sahaja
1 cawan gula kaster
3 biji telur
½ cawan susu tepung
3 cawan tepung gandum halus
4 sudu teh baking powder
1 cawan tepung jagung
2 sudu makan serbuk Nescafe
2 sudu makan serbuk koko
1 sudu kecil vanilla essence
340gm chocolate chip
115 gm  kacang walnut/pecan-cincang halus

Cara membuat
  1. Pukul mentega dan gula sehingga halus dan kembang. Masukkan nescafe dan pukul sebati.
  2. Kemudian masukkan telur dan pukul sebati. Masukkan esen vanilla dan pukul.
  3. Ayak tepung, baking powder,susu dan serbuk koko. Campurkan chocolate chip dan kacang walnut kemudian masukkan dalam adunan yang dipukul tadi. Kacau sebati.
  4. Ambil piping beg atau sudu dan sudukan atas dulang yang telah disapu mentega.
  5. Bakar 12-15 minit mengikut saiz cookies yang dibakar.
SELAMAT MENCUBA DEAR!!!

No comments:

Post a Comment